Header Ads

(VIDEO) Lan Pet Pet buat hal lagi? video pelawak terkenal beIasah penghantar makanan viral

 




Baru-baru ini viral di laman sosial satu video membabitkan seorang pelawak terkenal memu.kuI penghantar makanan ditepi jalan.


Rakaman video itu telah dimuat naik di tiwtter @My_CrimeWatch berdurasi 24 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya di dalam sebuah kereta yang mungkin kebetulan berada di lokasi kejadian.


Video itu memaparkan seorang lelaki dipercayai seorang pelawak dan juga pelakon terkenal memu.kuI kepala seorang penghantar makanan selepas me.rangkul lehernya dan pada masa sama orang ramai cuba menariknya dan ditenangkan seorang lelaki berbaju hitam.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.


Dalam keadaan ma.rah, Lan turut menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran, 'hang duduk Tropicana nak tunjuk sam.seng kat aku. Hang tau dak aku sapa?'


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu.



Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai kejadian itu buat masa ini tidak berjaya.


Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memu.kuI seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.


Dia diden.da RM2,000 oleh Mhkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersaIah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan.


Dipetik dari HARlAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.