Header Ads

(VIDEO) Kehidupan terlajak mewah, Nia Ramadhani akui tidak kenal tempe, bingung bila ditanya berapa banyak nak beli

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Nia Ramadhani yang popular di Malaysia menerusi sinetron bawang merah bawang putih. Sejak berkahwin dengan orang kaya banyak perkara lucu dan pelik yang berlaku pada artis cantik ini.


Baru-baru ini viral di media sosial satu video yang menunjukkan Nia sedang membeli makanan di tepi jalan.



Menerusi video yang berdurasi 7 minit itu dapat dilihat Nia menunjukkan makanan yang menarik perhatiannya iaitu tempe goreng.

Ketika peniaga tersebut bertanyakan berapa jumlah tempe yang ingin dibeli Nia, dia kelihatan kebingungan.

"Berapa tempenya, kak? soal penjual itu.

Bukannya menjawab pertanyaan penjual malah bintang Bawang Putih Bawang Merah itu seperti tidak memahami. Sahutnya; "Ah... Tempe?"

Sebelum kecoh di media sosial, rupa-rupanya orang di sekelilingnya sudah terkejut terlebih dahulu. Termasuk salah seorang kawan Nia.



"Sumpah kamu tak tahu itu tempe?" tanya rakannya itu.

Nia seraya menjawab tidak tahu bahawa makanan yang ditunjukkannya itu tempe.




Melihat diruangan komen, rata-rata netizen seakan tidak percaya Nia tidak mengenali apa itu tempe, sedangkan dia dulu bukan berasal dari golongan kayangan, mustahil barang masak dia tidak tahu.


No comments:

Powered by Blogger.