Header Ads

(VIDEO) Anda semua sudah saIah faham, tolong sokong saya, Rayu Lan Pet Pet

 




Beberapa hari yang lalu viral sebuah video di media sosial yang menunjukkan seorang pelawak terkenal yang dikatakan berkeIahi dengan seorang penghantar makanan.


Ekoran dari video yang viral itu membuatkan ramai netizen bengang dan mengecam tindakan yang tidak profesional dari pelawak tersebut.


Bagaimanapun selepas beberapa hari mengambil sikap berdiam diri, akhirnya Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 52, yang ditemani peguam, Datuk Dr Aswandi Hashim tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung penularan video dia bergaduh dengan penghantar makanan baru-baru ini.

"Anda semua jangan salah faham dengan saya dan tolong sokong saya," rayu Lan Pet Pet sebelum mengakhiri video yang disiarkan di Instagramnya, hari ini.

"Ceritanya bermula apabila saya menegur penghantar makanan yang sedang tengok telefon sambil menunggang motosikal.

"Saya bunyikan hon kereta dan kemudian dia tak puas hati. Dia tunjuk bahasa isyarat (Iu.cah) pada saya menerusi cermin pandang belakang dan saya pun berhenti. 


"Dia buat prov0kasi tapi saya sabar. Dia ma.rah pun saya sabar. Saya se.rang dia kerana takkan saya nak biarkan muka saya dipukuI? Jadi berlakulah pergeIutan," katanya.


Menurut Lan, pada masa sama seorang wanita yang berada dalam kereta merakam video yang kemudian tular. 


"Saya tengok video tular ini dalam kumpulan WhatsApp dan tak puas hati serta terus buat laporan poIis. Ia sudah menjadi kes lain pula sedangkan kami bergduh hanya dalam beberapa saat sahaja dan selesai. 


"Selepas bergduh saya pergi buat laporan poIis untuk diri sendiri. Penghantar makanan terbabit hanya buat laporan beberapa hari selepas itu.

"Apa pun saya berterima kasih kepada pegawai penylasat yang panggil penghantar makanan ini dan kes kami selesai selepas bersemuka," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada individu itu kerana kes mereka diselesaikan secara baik.


Menurut Dr Aswandi pula kejadian yang berlaku disebabkan salah faham.


"Teguran dibuat cara baik, namun mungkin disaIah ertikan oleh individu terbabit. Dalam keadaan demikian kalau dilihat bukanlah satu pergduhan tapi lebih kepada perseIisihan.


"Berkenaan video tular oleh wanita terbabit yang keluarkan komen seolah-olah menghakimi Lan menye.rang, itu adalah satu prasangka.


"Saya dihubungi oleh Lan dan saya menasihatkannya supaya buat laporan poIis. Ketika itu individu terbabit masih belum buat laporan poIis," katanya. 


Dr Aswandi berkata, penghantar makanan hanya membuat laporan selepas beberapa hari kemudian.


"Seterusnya barulah pegawai penyiasat panggil Lan untuk beri keterangan dan bersemuka dengan individu berkenaan.


"Akhirnya penghantar makanan ini menyedari kesaIahannya dan menarik semula laporan poIis yang dibuat. Kita dapat lihat tiada kesalahan dari pihak Lan kerana penghantar makanan ini tarik balik laporan.


"Sebenarnya kalau berlaku kesalahan yang sepenuhnya berpunca daripada Lan, saya yakin penghantar makanan ini akan kemukakan sa.man sivil atas mungkin kecede.raan atau keruglan yang dialami," katanya.


Dr Aswandi menjelaskan kebanyakan komen video yang tular tidak menunjukkan keadaan yang sebenar. 


"Komen yang tak sepatutnya akan jadi fitnah. Kita tak boleh buat kesimpulan sikap atau keadaan Lan dengan hanya satu video pendek. 


"Kita juga tak boleh kaitkan semula dengan kes yang lama. Ia adalah isu berbeza. Lan seorang ahli perniagaan yang amat bergerak cergas. 


"Walaupun hanya perniagaan belacan, ia sudah dikenali hingga Lan tandatangan perjanjian bersama dengan satu jenama kedai untuk bekalkan belacan kepada semua rangkaian kedai itu," katanya.


Menurutnya, sebagai peguam yang dilantik firmanya bertanggungjawab sebagai penasihat peribadi termasuk perniagaan Mazlan Pet Pet.


"Tujuan kami hanya untuk menjernihkan keadaan. Berbanding kes Pak Ya, penyelesaian kes ini berlangsung di balai polis dan bukan berjumpa individu terbabit untuk selesaikan sendiri," katanya.

SUMBER : HARlAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.