Header Ads

Ustaz Mana Yang Artis Ini Rujuk Pahala Berganda-Ganda? Nak Juga Saya Tahu, Henti Petik Nama Agamawan, Kata Ridhuan Tee

 


Pendakwah Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengutarakan persoalan sedemikian selepas tindakan seorang selebriti yang juga berstatus penyanyi tersohor negara yang telah memuat naik status berpeluang mengumpul pahala gara-gara majlisnya tular dan mendapat kecaman.


“Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.


“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.


“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz,” tulis beliau menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebook.


Bicara lanjut, Ridhuan Tee turut meminta supaya budaya mempergunakan nama agamawan demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan.


“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.

“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) yang dalam kiasnya, soal keutamaan antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

“Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan,” ujarnya lagi.


Tidak berhenti di situ sahaja, Ridhuan Tee juga memberikan beberapa contoh mudah untuk renungan bersama.


“Contohnya antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan? Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.


“Selain itu, contoh lain antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan? Sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan berbanding jemputan lain.


“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan, maka boleh sahaja tidak hadir,” jelas beliau.


Dalam pada itu, beliau turut memberi gambaran: “Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mu.darat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersaIahkan nanti? Sudah takdirkan?


“Ingatan saya hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Apabila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?.”


Sumber: Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah via sinar harian

No comments:

Powered by Blogger.