Header Ads

Sultan Johor pertimbang laksanakan'lockdown' penuh jika kes tidak turun

 


Seperti yang kita sedia maklum, penularan pendemlk C0VlD-19 di negara kita akhir-akhir ini sangat membimbangkan apabila purata kes harian kini meningkat ke angka 6-7000 sehari.

Melihat kepada trend terkini pandemlk ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah kerajaan harus mempertimbangkan lockdown penuh jika angka C0vid-19 tiada tanda penurunan.


Titah baginda, biar kita telan ubat yang pahit sekarang daripada menanggung saklt yang melarat dan berterusan.


Pada masa sama Sultan Ibrahim melalui Facebook rasmi baginda menggesa semua lapisan masyarakat untuk bersikap komited kepada saranan self-lockdown bagi memutuskan rantaian jangkltan C0vid-19.


Baginda yang melahirkan kebimbangan memandangkan kes baru C0vid-19 hari ini sudah mencecah lebih 7,400 bertitah, hampir semua pihak perlu duduk di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkltan.



”Vlrus itu tidak bergerak, tetapi disebarkan melalui pergerakan orang ramai.


”Kita bukan hanya perlu berdisiplin untuk tidak keluar dari rumah, tetapi kita juga perlu ada kesedaran bahawa tindakan kita keluar ke tempat awam mahupun rumah jiran sahaja, akan menyebabkan kita terjangkit atau kita sendiri menjadi pembawa dan menjang.kiti orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri, fikirlah juga orang lain!,’’ titah baginda


Titah Sultan Ibrahim, semua mesti berdisiplin dan komited bagi menghalang kita semua terjerumus ke dalam situasi yang lebih parah lagi.


Baginda amat bersimpati dengan semua petugas barisan hadapan, terutamanya kakitangan perubatan, yang terpaksa menanggung bebanan besar yang dibawa vlrus itu.


“Kepenatan dan kegelisahan mereka jelas kelihatan, namun mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Ingat, bukan C0vid-19 sahaja peny.akit yang perlu mereka tangani.


”Kasihanilah mereka. Kita semua harus bersatu memainkan peranan untuk mengurangkan beban mereka dan putuskan rantaian jangkitan demi kebaikan kita semua,” titah baginda.



Sultan Johor telah bertitah dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perbualan telefon dan disembah maklum tentang situasi terkini C0VID-19 pada hari ini.


“Kemunculan varian-varian baharu juga amat menakutkan, yang kini boleh dibawa udara (airborne). Jika jangkitan terus menular, saya risau akan bertambah-tambah lagi varian vlrus berba.haya ini.


”Dalam keadaan tidak menentu kini juga, saya menyeru kepada pihak yang berkemampuan untuk tampil membantu mereka yang telah ditimpa kesusahan dalam apa jua bentuk yang boleh,” titah baginda. – Edisi 9

No comments:

Powered by Blogger.