Header Ads

Suhaimi Saad Bidas Kenyataan Catriona Ross Isu Netizen Balik Kampung Ketika PKP

 


Baru-baru ini pelakon Catriona Ross ada membuat satu posting di laman sosialnya dimana dia meluahkan rasa kesal dan geram dengan tindakan segelintir netizen yang keras kepala tidak menghiraukan larangan kerajaan agar tidak pulang beraya di kampung kerana situasi negara sekarang yang dilanda dengan pandemlk C0VlD-19.


Tambahnya lagi, tindakan mementingkan diri sendiri itu hanya akan mengundang risiko dan juga memba.hayakan pihak lain terutamanya ibu ayah yang sudah tua di kampung.


Bagaimanapun bukan semua orang yang sekepala dengan Catriona Ross, sebagai contohnya bekas penyanyi kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang membalas kenyataan itu melalui satu posting di laman instagramnya.


Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Mosus di laman sosial mengkritik kenyataan pelakon itu dan menganggap bahawa pelakon wanita itu sepatutnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza.


Amboii..

Sedap dan nampak puas,kIimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se tu pid dan bingai eh.


jangan megah sangat la dapat buat macam tu kak.


kau kena faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama.


jangan buat baju satu saiz,lepas tu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama.

tu lagi bingai.


dah setahun lebih kot orang patuh,taat,ikut,sabar.

so kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerjaan?


simpan la kau punya b*doh dan b*ngai tu.

jangan tunjuk sangat.

nanti orang meluat.


#donebelarakyat

Bagaimanapun, melihat diruangan komen rata-rata tidak bersetuju dengan bekas penyanyi itu dan siap ada yang menyamakan Neelofa dan Suhaimi Saad sebagai personaliti yang dahagakan perhatian netizen.




Sumber : instagram Mosus Official

No comments:

Powered by Blogger.