Header Ads

Sheila Rusly Bengang Nama Dikaitkan Dengan Janna Nick

 


Baru-baru ini di rancangan Melodi telah menjemput Izreen Azminda dan Intan Liana.Izreen dilihat memohon maaf kepada Intan Liana berhubung kisah lama menimpa mereka berdua.


Gara-gara program hiburan kendalian Janna telah mengetengahkan segmen curahan hati yang menampilkan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Liana maka ramai netizen ingin melihat pula Janna dan Sheila Rusly dibawa bersemuka dalam program tersebut.


Sheila Rusly yang dihubungi media telah memberi sedikit dua kata mengenai permintaan netizen untuk membawa kedua-duanya bertemu empat mata.


Ujar pelakon drama Kapten Zana ini, dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna Nick namun tidak mudah untuk melupakan apa yang terjadi.


Malah ketika ditanyakan adakah Janna ada menghubunginya untuk menjernihkan semula krlsis antara mereka, Sheila walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


“Call? Mana ada dia berani. Cukup sampai sini.” ujarnya ringkas.


Dia juga kedengaran ralat dan tidak mahu menjawab persoalan mengenai punca hubungannya dengan Janna mus.nah.


Sehubungan dengan tindakan beberapa individu yang ‘memetik’ namanya dengan Janna, Sheila dilihat be.rang apabila mereka itu mengaitkan namanya tanpa sebab.


“Sis geram sebenarnya. Sis tak kacau sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi ma.rah sebab itu fltnah.”


Dia juga menafikan dakwaan seorang pengguna twitter yang mengatakan punca sebenar mereka berdua bermasam muka adalah kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon drama Marry Me Senorita itu.


“Siapa tweet ni? Kelakar rabak! PKP banyak masa nak memfltnah. Nak buka kes ke. Jom la kalau berani. Nak kenen dengan anak Sheila Rusly? Lambat lagi!” tulis Sheila dalam sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, semalam.


SUMBER : Instagram Sheila Rusly VIA BEAUTlFULNARA

No comments:

Powered by Blogger.