Header Ads

Semakin Popular, Ramai Wanita Ajak Jaafar Onn Kahwin

 


Menurut Jaafar, wanita yang mengajaknya kahwin daripada golongan janda dan anak dara. Bagaimanapun, Jaafar berkata dia letih untuuk memikirkan soal kahwin.


“Saya dah letih dan penat untuk fikir soal kahwin. Tidak tahulah samada hati saya dah tertutup sekarang. Tapi kalau Allah kata kahwin, kahwinlah saya nanti. Macam di studio masakan saya. Ada 50 orang datang belajar masak.


“Mereka bukan nak tengok saya mengajar, tapi sebaliknya ajak saya kahwin. Saya tanya kenapa nak kahwin dengan saya?,” katanya.


Pernah mendirikan rumah tangga pada 1983 namun berce.rai selepas empat tahun, Jaafar merasakan dirinya sudah tua dan tidak pasti sama ada niat wanita tersebut yang mahu menumpang kesenangannya.

“Tidak tahulah kalau niat mereka nak tumpang harta saya. Tapi saya sendiri pun tak tahu samada saya kaya atau tak. Tapi hidup saya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang juga,” katanya.


Dalam pada itu, Jaafat yang juga chef masakan mahu menghasilkan buku biografi mengenai kehidupannya.


“Kisahnya mengenai suka duka saya untuk tatapan generasi akan datang. Cuma masalahnya saya tak tahu berapa caj yang nak dikenakan.



“Saya cakap terus terang saya tak mahir berkenaan kos percetakan dan lain-lain. Takut nanti buku dah keluar cerita belakang tak habis-habis lagi.


“Jadi saya tak nak bebankan orang. Siapa yang nak bekerjasama sangat dialu-alukan. Kita duduk bercerita atau bahagikan hasil sama rata pun tak kisah,” katanya.

 

SUMBER  HARIAN METRO


No comments:

Powered by Blogger.