Header Ads

Selebriti media sosial dikompaun RM1,500 kerana tidak pakai pelitup muka

 


Baru-baru ini viral sebuah video memaparkan seorang selebriti media sosial membuat satu video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian seragam yang telah dimuat naik di instagram miliknya.

Walaupun niatnya untuk berhibur namun dia telah dikenakan kompaun RM1500 kerana kesaIahan tidak memakai pelitup muka.

Menurut laporan dari berita harian, Ketua PoIis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kompaun kerana meIang.gar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.


Mengulas mengenai video itu, beliau berkata pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.

"Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Fadzil berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pelitup muka selain dilihat mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rentas negeri.

Katanya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terbabit dalam video itu sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya.

"Saya tidak pernah membenarkan video itu dirakam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.