Header Ads

Sedih sebab tak dapat beraya dengan cucu kerana PKP, Noraniza Idris merajuk sampai batal tempahan baju raya!

 


Hasrat ratu irama Malaysia, Noraniza Idris untuk beraya bersama dengan kesemua anak dan cucu perempuan sulungnya tidak menjadi kenyataan apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12 mei sehingga 7 jun.

Tambahnya lagi, dia berasa terlalu sedih dan merajuk hati apabila anak-anak dan cucu tidak bersamanya pada tahun ini.


"Memang sedih... rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini, tahun tak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.


"Sebelum PKP diumumkan, saya memang rancang nak berkumpul dengan anak-anak untuk beraya. Ikutkan, saya rancang nak tempah kondominium seminggu sebelum raya.


"Dah la, tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya.


"Anak-anak pula tinggal di Kuala Lumpur, saya dan suami di Semenyih... memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami," kata Noraniza kepada mStar.


Sebelum ini, ratu irama Malaysia ini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Aliff Haiqal menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hannah pada 23 Mac lalu.


Aliff adalah anak Noraniza daripada bekas suami Mohd Fauzi Mohd Tajuddin atau Fareez dan mereka mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd Alfeeq Haiqal Mohd Fauzi, 28.


SUMBER : MSTAR ONLlNE

No comments:

Powered by Blogger.