Header Ads

Sedih Mengenangkan Pemergian Bapa, Mira Filzah PeIuk Dan Pujuk Suami

 


Wan Emir Astar baru-baru ini ada berkongsikan satu posting di media sosial miliknya yang meluahkan rasa rindu yang teramat kepada Allahyarham bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang genap lima tahun meninggalkan mereka sekeluarga.


Suami kepada selebriti popular Mira Filzah ini turut berkata dia sangat tersentuh apabila melihat gambarnya semasa masih kecil ketika dia baru saja bangun dari tidur sama seperti gaya arwah bapanya.


“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui,” tulisnya.


Di dalam kesedihan itu, Emir memberitahu kepada isterinya bahawa arwah bapanya seorang yang penyayang dan merupakan ayah terbaik.



Emir berkata lagi, dalam kepiluan itu Mira terus mendakapnya dan memujuknya agar tidak terus bersedih.


Untuk rekod, arwah bapa Emir iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggaI dunia dalam na.has helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan berita tersebut mendapat liputan meluas.

Sumber : ROTlKAYA

No comments:

Powered by Blogger.