Header Ads

"Saya Tak Berniat Nak Susahkan Datin’ – Pekerja Mak Neelofa Mohon Maaf Kes IG Story Perlekeh Institusi Raja-Raja Melayu

 


Siang tadi kecoh di media sosial apabila satu tangkap layar yang disiarkan di ig story Noor Kartini iaitu ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa yang dikatakan menghina insitusi raya-raya melayu.


Bagaimanapun, Noor Kartini membuat permohonan maaf kepada Istana Negeri Johor khususnya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas kekhilafan seorang pekerja memuat naik komen berbaur sensitif menggunakan akaun Instagram miliknya.


“Saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku di atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada akaun Instagram saya.


“Dia yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja telah memuat naik instastory tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.


“Kepada Tuanku dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf  atas kecuaian yang terjadi,”katanya.


Noor Kartini berkata, dia tidak pernah sama sekali  memberi kebenaran kepada mana-mana pihak (admin) untuk mengeluarkan sebarang hantaran atau kenyataan berbaur politik, menghina atau memprovokasi Institusi Raja-Raja Melayu.


Terbaru, Noor Kartini berkongsi perbualan whatsapp dipercayai bersama pekerja yang telah melakukan kesalahan itu. Walaupun pekerjanya itu berulang kali memohon maaf, hantaran itu sama sekali telah mencemarkan nama baik Noor Kartini memandangkan ianya dimuatnaik di Instagram miliknya.


Ya Datin, saya minta maaf. Saya langsung tak ada niat nak susahkan Datin dan keluarga Datin. Saya akan clearkan (selesaikan) perkara ini dan saya akan terima apa sahaja keputusan Datin.


Sebelum ini, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram beliau pada Ahad memuatnaik satu hantaran berkenaan adab. Hantaran tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan tangkap layar Instagram Story Noor Kartini.


Beberapa siri hantaran mengenai isu ini juga telah dimuatnaik di Instagram Story beliau namun dipercayai telah dipadam beberapa minit kemudian.


Berikut adalah beberapa komen dari netizen berkenaan isu yang hangat diperdebatkan hari ini.




Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan kepada yang terlibat juga semoga selepas ini lebih berhati-hati apabila menulis sesuatu di media sosial, tahukah anda, salah satu dari rukun negara adalah kesetiaan kepada raja dan negara.


Semoga menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua...

Sumber : OhBulan

No comments:

Powered by Blogger.