Header Ads

Pilih Lelaki Kacak Tak Jamin Kebahagiaan Hidup, Kata Datin Niena Baharun

 

Lama sudah tidak melihat Datin Niena Baharun dalam drama siri tempatan selepas beliau mengambil keputusan berkahwin. Mungkin kerana ingin memberikan tumpuan 100% kepada rumahtangga.


Baru-baru ini, Niena ada memuat naik status di Insta Story menasihati wanita supaya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup.


Niena berpendapat wanita memilih lelaki yang mempunyai rupa tidak menjamin kebahagiaan hidup dan memilih lelaki kaya tidak bermakna mereka tidak akan dicurangi.



“Tak salah memilih rupa tapi memilih lelaki yang tampan tidak menjamin kebahagiaan hidup dan memilih lelaki kaya bukan bermakna kamu tidak akan diduakan,” tulisnya.


Dalam pada itu, Niena berkata pilihlah lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah dan menghormati wanita serta tidak akan ‘naik tangan’ apabila marah, malah memberi nasihat dengan penuh lemah lembut.


“Maka, pilihlah lelaki yang baik agamanya. Lelaki yang menghormati ibu bapa, dia juga akan menghormati kamu sebagai seorang perempuan. Mungkin tegas pada suara, tetapi lembut pada hati,” katanya.

 

SUMBER  UTUSAN ONLINE 

ARTIKEL DARI ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.