Header Ads

Petisyen Desak Neelofa Dipenjara Dilancarkan, Terima Lebih 20,000 tandatangan setakat ini?

 


Mungkin ramai yang bengang dengan selebriti popular Neelofa yang dilihat seakan kebal dan tidak endah walaupun sudah berkali-kali meIanggar SOP, satu petisyen dilancarkan menggesa selebriti popular, Neelofa menerima hukuman bagi kesalahan dilakukan.


Petisyen di laman sesawang change.org itu turut mendesak pihak berkuasa lebih tegas ke atas selebriti berkenaan dengan mengenakan huk.uman pen.jara.


Menerusi ruangan petisyen, individu menggunakan nama ‘Hentikan Double Standard’ itu turut menyenaraikan beberapa kesalahan dakwaan melanggar SOP.



Ia juga dianggap sebagai simbolik kepada pihak berkuasa agar tidak mengamalkan undang-undang yang berbeza di antara orang awam dan kenamaan atau terkenal.


“Neelofa merupakan seorang selebriti yang banyak kali meIanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik C0vid-19.


“KesaIahan-kesaIahan dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadapnya.


“Berdasarkan kesaIahan-kesaIahan berulang ini, kami desak kerajaan Malaysia dan PDRM untuk segera memenjarakan Neelofa tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kerajaan tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP dan orang kenamaan,” menurut petisyen tersebut.



Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, yang bertanggungjawab atas hal ehwal PDRM turut dinamakan dalam petisyen dimulakan individu menggunakan gelaran Hentikan Double Standard itu.


Setakat laporan ini ditulis pada jam 8.15 malam ini lebih 2,700 tandatangan dikumpulkan.


Untuk rekod, Neelofa sebelum ini dikenakan kompaun RM20,000 kerana gagal mengamalkan penj.arakan sosial sewaktu majlis perkahwinannya dengan Haris Ismail.


Kejadian berlaku pada 23 Mac lalu itu turut menyebabkan 20 lagi anggota keluarga pelakon itu menerima kompaun RM1,500 setiap seorang.


Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris kemudian dikompaun bagi jumlah RM10,000 atas kesaIahan meIanggar kebenaran merentas negeri kerana ke Langkawi selepas pernikahan mereka.

SUMBER : MALAYSIAKINI

No comments:

Powered by Blogger.