Header Ads

Penternak lembu terkejut dikompaun RM1,500 tak pakai pelitup muka ketika berada di hadapan rumahnya

 


Seperti yang kita sedia maklum, jumlah kes jangkltan C0VlD-19 di negara kita dari hari ke hari makin membimbangkan. Untuk rekod, jumlah kes baru yang dilaporkan untuk 28/5/2021 merekodkan 8290 kes baharu yang melibatkan 8288 kes tempatan dan 2 kes import.


Jumlah keseluruhan setakat hari ini sudah melebihi angka setengah juta atau lebih tepat 549514 kes seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Bagi memutuskan penularan pandemlk ini pihak kerajaan terpaksa melaksanakan kembali PKP bagi memastikan keselamatan rakyat lebih terjamin.

Baru-baru ini viral sekeping foto di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai penternak lembu yang telah dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika sedang memberi makanan kepada lembunya di hadapan rumah.


Menurut laporan dari berita harian. kejadian ini dikatakan berlaku di Kampung Pasir Tok Kambing di Kota Bharu pada pagi tadi.


Pihak polis mengenakan kompuan sebanyak RM1,500 kepada penternak lembu terbabit.


Menurut penternak lembu terbabit yang dikenali sebagai Nik Azman, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi dan ketika itu dia cuma berada dalam jarak kira-kira 10 meter sahaja dari rumah.


"Ketika sedang beri lembu makan, seorang lelaki tidak dikenali datang mendekati bapa untuk bertanyakan sesuatu dan bapa pun menjawab pertanyaannya.


"Pada masa sama, anggota polis yang berada dalam kereta berhampiran lokasi sempat mengambil gambar bapa bersama lelaki tidak dikenali itu.


"Selepas bapa pergi mengalihkan lembunya, anggota poIis berkenaan datang dan menyerahkan surat kompaun kepada bapa atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.


"Bapa saya terkejut melihat jumlah itu kerana bagi kami ia terlalu banyak memandangkan bapa hanya bergantung hidup dengan bekerja di kilang perabot, selain menternak lembu," katanya yang berharap kompaun itu dapat diberi pengurangan.





Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mengesahkan kes itu dan berkata kompaun yang dikeluarkan kerana penternak terbabit bersama seorang lagi lelaki meIanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak memakai pelitup muka.


"Penternak itu bercakap di tepi jalan tanpa penjarakan sosial, namun seorang lagi lelaki meIarikan diri sebaik melihat anggota polis. Isu yang tular mengatakan lelaki ini disa.man ketika hanya bersendirian adalah tidak benar.


"Ini kerana pihak poIis dapat melihatnya dengan jelas sedang berbual dengan individu lain tanpa penjarakan sosial," katanya.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.