Header Ads

Pengurus media sosial Datin Noor Kartini dijadikan kambing hitam? dakwa netizen

 


Sejak dari semalam lagi, hangat menjadi isu pendebatan antara netizen mengenai perkongsian di ig stories milik ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang dipercayai mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Bagaimanapun, Noor Kartini telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang ianya adalah kecuaian dari salah seorang pekerja media sosialnya dan laporan polis telah dibuat olehnya.


Dan siang tadi, pengurus media sosial yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi instagram peribadinya dan mengakui tersilap memuat naik perkongsian berkenaan serta menjelaskan penulisan itu bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi diambil daripada sumber lain sebagai rujukan sahaja.


Bagaimanapun, meninjau diruangan komen ada segelintir netizen yang tidak percayai dan meragui kesahihan cerita wanita tersebut dan hairan kerana hasil tinjauan mendapati wanita berkenaan dilihat tidak seperti memegang jawatan sebagai pengurus media sosial.


Tidak kurang juga ada netizen mendakwa wanita tersebut menjadi kambing hitam serta menerima bayaran bagi menutup kesalahan.




Sementara itu, Noor Kartini juga sudah memohon maaf kepada Sultan Johor diatas kecuaian yang dibuat oleh pekerja media sosialnya itu dan akan memastikan tidak akan berlaku lagi perkara sedemikian rupa selepas ini.

Sumber : ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.