Header Ads

"Pelik, mana gambar raya dengan suami? nak tengok gambar sedondon pengantin baru" - netizen

 


Baru-baru ini Nabila telah telah mengakhiri status ibu tunggalnya apabila memutuskan untuk mengahwini bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran. Perkenalan mereka berdua bermula apabila sama-sama terlibat dalam sukan berbasikal sejak tahun lalu.


Perkahwinan antara Engku Emran dan Nabila merupakan pernikahan kali ketiga antara kedua-duanya.


Hubungan yang baru beberapa bulan terjalin itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin apabila Engku Emran tidak berfikir panjang untuk melamar Noor Nabila untuk menjadi suri hati hidupnya.


Tahun ini merupakan tahun pertama buat pasangan Nabila dan Engku Emran menyambut hari raya berdua setelah bergelar pasangan suami isteri.


Bagaimanapun menjengah ke akaun Instagram Nabila, hanya gambar beliau seorang diri dan di entri sebelumnya beberapa gambar Jebat Jayden yang dimuatnaik bersempena hari raya.


Peminat dan netizen turut tertanya-tanya gambar sambutan hari raya Nabila bersama suaminya Engku Emran kerana tiada gambar bersama di rakam mahupun dikongsikan oleh Nabila dan Engku Emran di media sosial.

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh Nabila di penuhi ucapan selamat hari raya dan juga pertanyaan mengenai suaminya itu.


Sebagai peminat, mereka hanya mahukan pasangan yang masih lagi dalam fasa bulan madu itu berbahagia dan gembira bersama sebagai sebuah keluarga.


Usia perkahwinan baru sahaja menjangkau dua bulan. Sudah pasti peminat juga tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam rumahtangga yang baru sahaja dibina itu.


Mungkin Engku Emran mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan mahupun mempunyai alasan tersendiri. Mudah-mudahan hubungan pasangan tersebut baik-baik sahaja.


Sumber : Instagram Noor Nabila

Artikel diambil dari : http://www.dnq.pw/

No comments:

Powered by Blogger.