Header Ads

“PDRM boleh la saman Tokti” - Netizen terkilan tengok majlis tahnik Muhammad Afwa

 



Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi tersohor no.1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki beberapa hari yang lalu.


Baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai ini telah mengadakan majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid. Penganjuran majlis ini telah mencetuskan pertikaian dan pendebatan dikalangan netizen.


Netizen kesal kerana penyanyi itu didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penuIaran C0vid-19.


Menerusi hantaran media sosial penyanyi Siapa Tak Mahu itu itu dapat dilihat majlis tersebut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, dan tiga penceramah terkenal Azhar Idrus, Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.


Selain tahnik, Siti Nurhaliza dan suaminya Khalid Mohamad Jiwa turut mengadakan majlis akikah dan maulid untuk Muhammad Afwa pada 28 April lalu.


Ketika orang ramai dikekang daripada melakukan perjalanan rentas negeri - termasuk beberapa hantaran tular membabitkan kekecewaan kerana gagal menziarahi ibu bapa yang saklt atau meninggaI dunia - apa yang dipaparkan itu cepat mengundang rasa kurang senang.


Netizen mempertikaikan alasan Zulkifli dan Azhar menghadiri majlis tersebut kerana mereka dikatakan tinggal di luar Selangor atau Kuala Lumpur.


Pengguna media sosial mempersoalkan ketegasan pihak berkuasa mengenakan larangan dan pengawasan prosidur operasi standard (SOP) ke atas orang kenamaan dan selebriti.


Salah seorang pengguna Twitter @FiqhTabayyun berkata: “Bayangkan Tok Ti, dalam ramai-ramai yang puji doa kelahiran Afwa ni, ada orang yang tertindas, nak jumpa makpak sakit pun tak boleh, doakan yang tak baik kat keluarga Tok Ti, dan bayangkan, doa orang-orang tertindas ni yang makbul. Macam mana?” ciapnya.

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.


“PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya... sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.


“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini... macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignorance (tidak peka) dengan isu semasa.


“Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam kes Neelofa sampai trending?” tulis netizen.


Sebelum ini, netizen turut mempertikaikan isu SOP di hospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K.


Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersaIin.


Sumber : Diolah dari mStar OnIine dan MaIaysiakini

No comments:

Powered by Blogger.