Header Ads

Orang ramai diminta buat Iaporan poIis jika jiran Ianggar SOP Aidilfitri, kata Ketua PoIis Perlis

 


Orang ramai dinasihatkan agar memerhati kawasan kejiranan mereka dan memaklumkan kepada poIis sekiranya terdapat individu yang pulang beraya ke kampung tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa, kata Ketua PoIis Perlis Datuk Surina Saad.


Beliau berkata, maklumat sedemikian diperlukan bagi membolehkan pihak poIis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang masih berdegil dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021.


"PoIis Perlis juga akan tingkatkan jumlah keanggotaan dalam memastikan pematuhan SOP serta akan mengambil tindakan tegas terhadap individu di kawasan perumahan... termasuk memperketatkan kawalan di sempadan negeri, stesen bas dan stesen kereta api," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Surina juga menasihati orang ramai agar mematuhi SOP Aidilfitri yang ditetapkan oleh kerajaan dan berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting.



Menurutnya, kadar pematuhan SOP di Perlis adalah tinggi iaitu 98 peratus dan berharap orang ramai terus mematuhi ketetapan itu bagi mengekalkan Perlis sebagai negeri hijau dan memutuskan rangkaian jangkitan C0vid-19.


Mengulas mengenai jumlah kenderaan yang dikesan bertambah di Perlis sejak beberapa hari kebelakangan ini, Surina berkata, jumlah kemasukan kenderaan ke negeri itu tidak serius iaitu sekitar lima peratus berbanding hari biasa.


"Peningkatan jumlah kenderaan berpunca daripada ibu bapa yang mengambil anak-anak mereka yang menuntut di institusi pengajian tinggi sekitar negeri ini untuk pulang beraya di samping kemasukan penduduk dari Kedah yang berulang-alik bekerja di Perlis," katanya.



Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya akan melakukan rondaan pematuhan SOP Aidilfitri secara menyeluruh di sekitar Kangar bermula hari ini.


"Hari Raya nanti, kita akan 'all out' termasuk melakukan rondaan dari rumah ke rumah bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


"Diharapkan agar orang ramai dapat terus memberi kerjasama dengan poIis bagi mencegah penularan wa.bak C0VID-19 di negeri ini," katanya.

SUMBER : HARlAN METR0

No comments:

Powered by Blogger.