Header Ads

Netizen dakwa guna ‘duit haram’ beli kereta mewah, Scha Elinnea nafi dibela ‘sugar daddy’

 


Baru-baru ini pelakon cantik, Scha Elinnea ada memuat naik satu perkongsian di laman sosial miliknya meluahkan perasaan bersyukur kerana dapat memiliki kereta jenama mewah pada usia muda mengundang cakap-cakap buruk daripada netizen.


Ujar Scha,21, dia ada menerima mesej menerusi Instagramnya yang menuduh dia menggunakan duit haram untuk membeli kereta mewah yang berharga hampir RM200,000 itu.


"Ada orang DM, hantar screen shot komen 'dia ni mesti ada orang bela'. Cuba fikir sendiri, takkanlah tak boleh fikir, bulan Ramadan ini saya nak berikan duit haram kepada keluarga saya atau beli kereta guna duit haram?


"Saya takkan lakukannya! Tak kisah apa orang nak cakap, saya okey. Buat apa nak kisah pun. Orang yang kenal saya saja tahu bagaimana susahnya saya mencari duit," katanya.


Pada Sabtu lalu, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu berkongsi foto dia bersama kereta mewah miliknya di laman Instagram miliknya.


Menerusi perkongsian itu, Scha turut meluahkan rasa syukur dengan pencapaiannya dan mengakui dia tidak pernah membayangkan akan memiliki kereta idamannya itu.


Scha memberitahu dia berbangga dengan dirinya yang menggunakan duit yang disimpan dari titik peluhnya sejak berusia 15 tahun.


"Keluarga saya sederhana sahaja, bukan daripada orang kaya... Apa saya nak saya sendiri kena usahakan. Ramai orang tak tahu saya sudah mula bekerja dari umur 15 tahun lagi sebagai model dan reviu produk.


"Kemudian bermula dua tahun lalu, barulah saya ceburi bidang lakonan. Sepanjang tempoh itu saya tak akan membelanjakan duit beg, kasut mewah atau makan tempat mahal.


"Setiap bulan mesti ada simpanan untuk mendapatkan impian saya iaitu memiliki kereta pada umur 21 tahun dan rumah sebelum usia 25 tahun," 

SUMBER : MSTAR ONLlNE

No comments:

Powered by Blogger.