Header Ads

Neelofa Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Suami Buat Netizen Terharu

 


Baru-baru ini, pengacara popular yang juga usahawan berjaya Neelofa ada memuat naik satu perkongsian di media sosialnya menitipkan ucapan istimewa buat suami tersayang, PU Rizz sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26.


Menerusi perkongsian di Instagram itu, Neelofa mendoakan agar Allah sentiasa memberkati kehidupan suaminya.


“Untuk lelaki yang saya cintai dan kagumi, selamat hari jadi. Semoga Allah limpahi rahmat ke atas kamu dan bersama-sama dalam ketakwaan.


“Moga Allah memberikan kita kasih sayang seperti mana Dia memberkati Nabi Muhammad dan Siti Khadijah, amin,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu turut dibalas oleh PU Riz dengan menzahirkan ucapan terima kasih buat isteri tercinta.


Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.


Kredit kepada ROTlKAYA

No comments:

Powered by Blogger.