Header Ads

Neelofa dan suami akan didakwa di mahkamah esok

 


Sebelum raya tempoh hari kecoh di media sosial apabila selebriti popular yang juga usahawan berstatus jutawan, Neelofa dan suaminya PU RIZ dikatakan telah merentas ke nilai 3.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis membuat siasatan dan menurut laporan dari harian metro, pasangan popular itu dijangka akan didakwa di mahkamah di sini, esok

Menurut sumber mhkamah, pasangan itu akan didakwa di Mhkamah Majistret 2 Seremban atas kesaIahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini untuk membeli karpet.

"Kedua-dua mereka akan didakwa mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkltan Kawalan Pergerakan).



"Pendakwaan dijangka pada 9 pagi," katanya di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.




Pada 4 Mei lalu, pengacara dan usahawan popular dan suaminya yang juga pendakwah bebas itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.


Kedua-duanya memberi keterangan selama empat jam berhubung pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.


Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet terbabit.

SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.