Header Ads

Lebih dua bulan menghilangkan diri, JAIS dan poIis terus bekerjasama kesan tempat persembunyian Sajat

 


Sehingga kini, sudah 2 bulan usahawan kosmetik kontroversi Sajat menghiIangkan diri selepas dirinya dikehendaki oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) . JAIS akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.


Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dr Ahmad Shahir Makhtar, berkata berikutan kuasa yang terhad pihaknya dan JAIS memerlukan bantuan polis untuk melaksanakan perintah mahkamah, termasuk waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang dikeluarkan Februari lalu.


"Saya difahamkan, sudah ada perbincangan antara JAIS dan polis, justeru MAIS menyerahkan perkara ini kepada kedua-dua pihak terbabit untuk pelaksanaan perintah mahkamah.


"Buat masa ini, JAIS masih mengesan Muhammad Sajjad dan oleh kerana bidang kuasa yang terhad, bantuan polis diperlukan.


"Bantuan bukan saja dalam kes Muhammad Sajjad, bahkan banyak kes sya.riah sebelum ini kita laksanakan dengan bantuan poIis, terutama membabitkan perintah mhkamah," katanya ketika ditanya perkembangan terbaru kes berkaitan usahawan kosmetik itu.


Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan wa.ran tang.kap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.


Sumber memberitahu, Nur Sajat dipercayai bersembunyi sebaik waran tang.kap dikeluarkan mhkamah.


Nur Sajat dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di tempat lain bagi mengelak dikesan JAIS.


Menurut sumber lain, penguat kuasa kini berusaha menjejaki Nur Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia sudah berada di luar negara.

No comments:

Powered by Blogger.