Header Ads

Kerana Sokong PaIestin, Sweet Qismina Hilang Followers Di Instagram


 

Pelakon Sweet Qismina mendedahkan akaun media sosial Instagram miliknya mencatatkan penurunan jumlah pengikut yang ketara sejak berkongsi mengenai pende.ritaan yang dihadapi rakyat PaIestin. 


Sweet berkata, meskipun dia sedar penurunan jumlah pengikut akan menjejaskan kerjaya seninya namun ia tidak akan menghalang semangatnya untuk terus berkongsi situasi yang amat memilukan itu. 


"Data Instagram saya menunjukkan perubahan jumlah pengikut yang tidak lagi mengikuti sejak saya muat naik hantaran mengenai PaIestin.


"Saya tahu perkara ini memberi impak buruk kepada kerjaya seni kerana ia amat penting untuk saya, tapi adakah itu akan membuatkan saya berhenti untuk memuat naik sebarang hantaran mengenai PaIestin? 



"Jawapannya tidak. Rezeki Allah yang bagi dan saya sentiasa mempercayai Allah," tulisnya di Instagram Story. 


Sementara itu, menerusi satu hantaran terbaharu, Sweet turut berkongsi tips dan mengingatkan kepada seluruh pengguna media sosial di Malaysia supaya berhati-hati. 


Menurut Sweet, lsraeI kini sudah mula menye.rang pengguna media sosial tempatan yang menyokong PaIestin dan bakal menggo.dam akaun peribadi kalian. 


"Seperti yang kita semua tahu, lsraeI sudah mula menye.rang orang yang sokong PaIestin melalui media sosial. Mudah kata mereka akan go.dam akaun anda. 



"Jadi untuk keselamatan saya berkongsi kepada anda untuk buat Two-Factor Authentication (satu bentuk akses log masuk yang memerlukan dua jenis akses) yang mudah.  


"Insya-Allah, mereka tidak akan mengganggu akaun peribadi kalian. Sekadar pandangan mungkin anda boleh mencipta satu akaun palsu untuk memberi sokongan (kepada PaIestin) terutama mereka yang sayang dengan akaun,  kepada selebriti dan pempengaruh," tulisnya.

SUMBER : METRO

No comments:

Powered by Blogger.