Header Ads

Kerajaan digesa lakukan reformasi pendidikan bendung gangguan sek.suaI di sekolah, kata Ain Husniza

 


Kerajaan digesa melakukan reformasi dalam sistem pendidikan negara bagi meningkatkan kesedaran para guru mengenai gang.guan sek.sual agar golongan pendidik itu sendiri tidak menyebarkan 'pemikiran toksik', termasuk membuat jenaka rog0I di sekolah.


Gesaan itu dibuat pelajar tingkatan lima, Ain Husniza Saiful Nizam yang baru-baru ini mendedahkan guru lelakinya membuat jenaka mengenai rog0I di kelas.


Ain berkata, rombakan dalam sistem pendidikan perlu kerana apa yang berlaku kepada dirinya memperlihatkan pelajar perempuan terde.dah kepada kemungkinan gang.guan sek.sual di sekolah yang sebahagian besar tidak dilaporkan kerana kekangan saluran.


Mengambil contoh ancaman rogol daripada rakan sekelasnya sebelum ini, Ain berkata mentaliti seumpama ini disebarkan kepada pelajar lelaki dan ini menjadikan mereka mngsa institusi pendidikan.


"Lelaki yang menyiarkan komen menji.jikkan dan sek.sis terhadap saya, juga menjadi mngsa sistem pendidikan di mana para pendidik (menyebarkan) ini ke dalam pemikiran mereka.


"Tetapi, ini bukan mengenai sekolah saya. Ia adalah bagaimana sistem pendidikan yang r0sak dan bagaimana pelajar kita tidak layak mendapat pendidikan seperti itu.


"Saya harap kerajaan akan memandang serius masalah ini, dengan mereformasi sistem pendidikan agar para guru mengajar perkara yang betul di sekolah. Jelas, guru kita tidak cukup bersedia.


"Ada yang membenarkan masalah ini (berlaku), dengan alasan bahawa kesedaran mengenai sek.sual (se.rangan) adalah topik baru. Kerajaan harus memastikan bahawa para guru bersedia," kata dalam perbincangan secara langsung di media sosial bersama anggota parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam.


Menurut Ain, sistem pendidikan yang baik akan menghasilkan masyarakat berpendidikan yang sekali gus akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju.


"Cikgu, kami bukan tak nak hormat atau menen.tang anda. Ini bukan pasal cikgu menentang pelajar, tetapi setiap daripada kita melawan sistem," katanya menambah ramai guru di sekolahnya melakukan tugas dengan baik dan sangat baik kepadanya.


"Kami mahukan pendidikan yang lebih baik. Kami tahu guru telah memberikan begitu banyak dan mereka adalah tulang belakang negara ini. Harapnya, jika anda telah membuat kesiIapan, tidak salah untuk mengakuinya," kata Ain.


Pada 24 April lalu, Ain mendedahkan guru lelakinya membuat jenaka mengenai rog0I di kelas dalam sebuah video di platform media sosial Tiktok, yang kemudiannya diciap di Twitter.


Ini termasuk guru itu memberitahu pelajar-pelajar lelaki di kelas, bahawa jika mereka ingin merog0I, mereka harus melakukannya kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.


Isu tersebut menimbulkan kema.rahan banyak pihak di negara ini, termasuk gesaan untuk mengambil tindakan terhadap guru tersebut dan menambahbaik sistem pendidikan.


Ain kini diberikan surat ama.ran atas sebab tidak hadir ke sekolah.


Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, surat yang bertarikh 28 April itu menyatakan Ain boleh dibuang sekolah jika dia tidak hadir atau gagal memberi sebab ketidakhadirannya.


Bagaimanapun, Saiful menyatakan dia sudah memberitahu pengetua sekolah berkenaan bahawa Ain merasa tidak selamat jika dia hadir ke sekolah.


Ain berkata dia perlu membangkitkan isu itu kerana ramai pelajar di sekolahnya tidak merasakan apa-apa yang salah dengan ucapan yang tidak menyenangkan oleh guru tersebut.


"Sudah tentu, ini bukan sesuatu untuk saya bincangkan kerana sebagai pelajar saya perlu fokus dalam (pembelajaran). Namun, apabila masyarakat gagal, maka saya patut suarakan isu ini," tambah Ain.


Sementara itu, dia juga tidak setuju dengan kritikan bahawa dia telah mempolitikkan isu tersebut selain dipergunakan pihak tertetu untuk kepentingan politik.


"Ada yang mengatakan saya membawa agenda politik ketika saya bercakap dengan ahli politik. Saya ingin bincangkan masalah itu dengan mereka kerana saya ingin bertanya kepada mereka apa yang boleh mereka lakukan kerana ahli politik mempunyai pengaruh besar.


"Tolong belajar bagaimana mengadakan perbincangan yang sihat. Berhenti melabel saya, saya ada pendapat saya sendiri. Berhentilah melihat saya dengan agenda politik anda.


"Golongan dewasa, bolehkah kamu berhenti berteng.kar, bersama-sama dan jadikan sekolah sebagai tempat yang lebih selamat untuk para pelajar," katanya.

SUMBER : MALAYSlAKlNl

No comments:

Powered by Blogger.