Header Ads

'Ig Stories' perlekeh sultan Johor, poIis siasat pekerja ibu Neelofa

 


Sejak dari semalam kecoh apabila satu hantaran di ig stories Noor Kartini yang memuat naik satu status berbaur penghi.naan kepada Sultan Johor.


Menerusi laporan dari berita harian, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata pihaknya menerima satu laporan berkaitan perkara itu, kira-kira jam 5.44 petang tadi oleh pemilik akaun Instagram berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.


"Laporan dibuat berhubung paparan di Instagram peribadi milik wanita berusia 54 tahun itu yang memaparkan gambar laporan berita disiarkan TV3 bertajuk Sultan Johor Cadang Sekatan Penuh Bersasar.


"Siasatan awal mendapati hantaran dibuat seorang wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku tersilap menggunakan akaun Instagram milik pengadu dengan membuat hantaran melalui medium 'IG Story'," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Anuar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.


Katanya, orang ramai dinasihat supaya tidak sewenang-wenangnya mengongsikan sebarang maklumat atau berita di media sosial hingga menjejaskan reputasi dan hak asasi mana-mana orang.




Ibu Neelofa sebelum ini telah membuat satu laporan polis, dan dia juga kesal dengan perkara tersebut dan akan memastikan ianya tidak lagi berulang.


Noor Kartini berkata, perkara itu berlaku atas kecuaian seorang kakitangannya yang mempunyai akses membuka laman Instagram miliknya.


"Dia yang juga pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd secara tidak sengaja memuat naik dalam IG Story tanpa sedar menggunakan akaun saya, @noorkartini.


"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.


Dan hari ini, pengurus media sosial tersebut yang dikenali sebagai Zulshafiqah Zulkafli telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kejadian menyalah gunakan akaun instagram majikannya (@noorkartini) milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed untuk berkongsikan kandungan yang mempertikaikan sistem raja berperlembagaan di negara ini.


Menerusi surat penyataan permohonan maaf yang telah dimuat naik di instagram peribadinya @zulshafiqah beliau menyatakan permohonan maaf kepada :-

1) KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


2) Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh kerabat Diraja Johor.


3. Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan seluruh keluarga.


“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya telah tersilap memuat naik tangkap layar (screenshot).


“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di IG Datin Noor Kartini mahupun IG peribadi saya.

“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin,” katanya lagi.


Menurutnya lagi, dia juga telah memberi kenyataan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan berhubung isu yang viral ini.


Sumber : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.