Header Ads

Hentikan kecaman pada yang tidak terlibat, netizen bimbang bayi dalam kandungan Maryam Durian Kimchi

 


Hangat diperkatakan di media sosial apabila personaliti media sosial terkenal, Ryzal Duriam Kimchi atau Ryzal Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila niatnya yang nak bergurau dengan isterinya Maryam, tetapi dalam masa sama dilihat seakan mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban.

Klip video berdurasi hampir seminit itu dimuat naik Ryzal menerusi aplikasi InstaStory di akaun Instagramnya, menunjukkan dia menyamakan aksesori dan material busana tersebut seperti duit syiling, kain meja, alas TV, kain buruk, langsir, tikar dan tali pinggang pengakap.

Susulan dari tersebarnya video tersebut di media sosial, ramai netizen bengang dan mengecam tindakan influencer popular tersebut yang dilihat tidak pandai menjaga sensitiviti kaum dan masyarakat di negara kita yang berbilang bangsa dan adat.


Bagaimanapun semalam, Ryzal sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada netizen diatas kekhilafannya itu.



Walaupun sudah memohon maaf secara terbuka dan menyesali perbuatannya , namun masih ada segelintir netizen yang seakan tidak menerima permohonan maaf tersebut dan terus mengecam influencer tersebut sehingga ada yang tergamak mendoakan sesuatu yang tidak baik berlaku pada kandungan Maryam.


Melihat diruangan komen pada satu posting IGTV Maryam, ramai netizen yang memberikan kata semangat kepada Maryam.


Menurut salah satu komen dari netizen, Orang tu dh mintak maaf takyah lah besarkan isu lagi .mmg lah sensitive tapi orang tu dh mintak maaf dua ii belah pihak pon dh mengaku salah dh lah tu tkyah bukak lagi isu smpai doakan anak dia bagai .setiap orang lakukan kesalahan lah.setiap orang layak untuk berubah


Manakala komen dari seorang lagi netizen pula mengucapkan terima kasih kepada Maryam diatas penjelasan yang dibuat. Memang Sarawakian Iban terasa hati di atas senda suami Maryam. Tapi z tak tengok pun Maryam menyokong tindakan Maryam. Berbanggalah sbb Maryam dah mengenakan Ngeban ... ikut harga kain tu saja dah beribu sebenar benar nya. Jaga diri. Jaga solat. Insyaallah maaf yang tulus akan di terima juga.





Ada juga netizen yang meluahkan rasa kasihan kepada Maryam kerana dia sekarang sedang mengandung.Netizen juga menasihatkan agar Maryam jaga emosi dan jangan fikirkan sangat.


Seorang netizen berketurunan Iban juga memberikan komen seperti berikut : 


"We the Iban community are very forgiving ... Hope this issue can be a lesson for Maryam's husband ... We just want to be respected like other races ... BTW, you look beautiful wearing an Iban Ngepan ..."

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera, Ryzal pun sudah membuat permohonan maaf dan rasanya dia takkan ulangi lagi kesilapan tersebut dan akan lebih berhati-hati selepas ini.


Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat hidup harmoni dan saling hormat menghormati sesama kita..


Sumber : Twitter keba

                Instagram Maryam

No comments:

Powered by Blogger.