Header Ads

Geng Anti Vaksin tak perlu takut, kata Fizo Omar

 


Seperti yang kita sedia maklum, bagi mencegah penularan C0VID-19 dan menjaga kesihatan rakyat Malaysia, kerajaan telah menyediakan vaksin. Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengambil bahagian dan mendaftar melalui aplikasi mysejahtera.

Baru-baru ini pelakon Fizo Omar telah memuat naik satu hantaran di laman sosialnya menunjukkan dia sudah mendapat suntikan vaksin AstraZeneca.


Dalam masa yang sama Fizo menyeru golongan anti vaksin supaya tidak terpengaruh dengan maklumat salah mengenai suntikan vaksin.

"Macam-macam pula dengar cerita mengenai vaksin. Ada yang sampai sudah tak nak ambil sebab takut selepas dengar cerita dari 'Doktor Falsafah' di media sosial. Boleh matl ke? Cacat ke? Alahai macam-macam lah kan.



"Pertama sekali, vaksin ini bukan dibuat oleh Makcik Kiah atau pengasas produk timbang kilo okay. Doktor hebat pakar dunia yang cipta dan disahkan oleh kementerian kesihatan sendiri.


"Jadi, saya nak nasihat lah kepada geng anti vaksin tak perlu lah takut dan terikut sangat dengan info yang tak sahih itu. Kalau masih ramai yang tak nak ambil vaksin ini pun tak kesudahan juga C0vid-19 ini," katanya.


Menerusi hantaran sama, Fizo berkongsi keadaan diri dan ibunya yang berusia 61 tahun selepas mendapatkan suntikan pertama vaksin berkenaan.



"Selepas 48 jam saya dan mama sudah amik vaksin ini, setakat ini okay saja. Cuma biasa lah kesan apa-apa vaksin pun, badan rasa lemah sikit. 

Doktor pun pesan kalau rasa macam nak de.mam boleh ambil ubat panadol saja. Jadi tidak perlu nak kelam kabut ke klinik kecuali sudah teruk sangat. Alhamdulillah, semuanya okay saja bila bekerja macam biasa.


"Sekurang-kurangnya kita sudah ikhtiar, selebihnya kita serah saja pada Allah. Doa itu doa juga, tapi apa tindakan kita kan," katanya.


SUMBER : HARlAN METR0

No comments:

Powered by Blogger.