Header Ads

GagaI hadir kelas, Ain diberi amaran buang sekolah

 


Pelajar tingakatan lima, Ain Husniza Saiful yang baru-baru ini mendedahkan seorang guru lelaki di kelasnya membuat jenaka mengenai rog0I, kini diberikan surat ama.ran atas sebab tidak hadir ke sekolah.


Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, surat yang bertarikh 28 April itu menyatakan Ain boleh dibuang sekolah jika dia tidak hadir atau gagal memberi sebab-sebab mengenai ketidakhadirannya.


Bagaimanapun, Saiful menyatakan dia sudah memberitahu pengetua sekolah bahawa Ain merasa tidak selamat jika dia hadir ke sekolah.


“Pada 28 April lalu, saya ke sekolah untuk berbincang. Ia turut dihadiri oleh pengetua, guru Hal Ehwal Murid, guru kelas Ain, Yang di-Pertua PIBG.


“Tidak ada langsung disebutkan tentang ketidakhadiran Ain ke sekolah untuk tiga hari tersebut. Lagi pun Ain memang berasa tidak selamat memandangkan guru PJK berkenaan masih bertugas seperti biasa di sekolah.


“Pada 4 Mei, surat ama.ran pertama diterima melalui Poslaju yang menyatakan Ain sudah ponteng tiga hari dan boleh dibuang sekolah,” katanya.


Malaysiakini menghubungi Saiful Nizam setelah mengetahui Ain mendedahkan bahawa dia akan dibuang sekolah menerusi kiriman di media sosial oleh malam tadi.


Dia juga mendakwa perkara ini berlaku kerana tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap guru yang membuat anca.man rog0I terhadapnya selepas dia mendedahkan isu mengenai jenaka rog0I itu.


Bagaimanapun Ain belum dibuang sekolah seperti mana yang dilaporkan oleh portal berita lain pagi ini.


Perkara itu disahkan ayahnya dan menjelaskan bahawa surat ama.ran itu adalah satu-satunya surat yang dihantar kepada mereka setakat ini.



“Tiada surat ama.ran lain atau surat buang sekolah. Yang jelas, dalam surat ama.ran pertama itu, Ain akan dibuang sekolah jika tidak datang atau tidak maklumkan pada sekolah,” jelasnya.


Saiful Nizam juga melahirkan rasa kecewa terhadap perkara itu, dan mengatakan bahawa dia akan meminta penjelasan daripada pihak sekolah.


“Sangat tidak adil dan ya, saya akan minta penjelasan pihak sekolah,” katanya lagi.


Pada 24 April lalu, Ain mendedahkan perkara itu dalam sebuah video di platform media sosial Tiktok, yang kemudiannya diciap di Twitter.


Ini termasuk guru itu memberitahu pelajar-pelajar lelaki di kelas, bahawa jika mereka melakukan ingin melakukan pemer.k0saan, mereka harus melakukan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas.


Isu tersebut menimbulkan kem.rahan banyak pihak di negara ini, termasuk gesaan untuk mengambil tindakan terhadap guru tersebut dalam penambahbaikan sistem pendidikan.

SUMBER : MALAYSlAKINI

No comments:

Powered by Blogger.