Header Ads

Face Mask Bukan Untuk Bergaya, Orang Ramai Dinasihatkan Pakai ‘Double Mask’, Kata Dr Noor Hisham

 


Menurut laporan dari Harian Metro, Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangklti C0vid-19.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan itu digalakkan berdasarkan eksperimen yang sudah dilaksanakan Pusat Pengendalian dan Pence.gahan Penyaklt (CDC) Amerika Syarikat (AS).


Hasil eksperimen itu, katanya, memperkemaskan pemakaian pelitup muka perubatan menggunakan pelitup muka kain di lapisan kedua mengurangkan lagi rislko pemakai kepada pendedahan vl.rus.


"Eksperimen itu memberikan penekanan tentang pentingnya kekemasan pemakaian pelitup muka dalam meningkatkan keupayaan fungsinya.


"Dalam ujian makmal CDC itu, pendedahan kepada aerosol yang berpotensi menular, boleh menurun sekitar 95 peratus apabila subjek memakai pelitup muka yang dipasang dengan ketat.



"Jika saya ke hospital 'double mask' membantu dan petugas kesihatan juga memakai pelindung muka. Amalan ini adalah digalakkan," katanya.


Gambar beliau memakai 'double mask' tular dan menjadi perbualan di media sosial oleh warganet.


SUMBER : HARIAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.