Header Ads

Dilarang Ziarah Aidilfitri Di Rumah, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall

 


Berikutan situasi penularan C0VlD-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 Mei lalu bagi mengekang penularan vlrus baha.ya tersebut.


Bahkan, dalam prosedur operasi standard (SOP) juga memaklumkan sepanjang tempoh PKP itu sebarang aktiviti ziarah pada sambutan hari raya adalah tidak dibenarkan.

Memetik laporan dari sinar harian, lain pula ceritanya apabila timbul trend baharu sebahagian besar individu memilih pusat beli-belah sebagai lokasi pertemuan bersama ahli keluarga untuk menyambut Aidilfitri.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, trend beraya di gedung mencetuskan kebimbangan.


Situasi tersebut berkemungkinan menyumbang pada jangkltan baharu dan peningkatan kes C0vid-19.


“Peningkatan kes hari ini adalah kesan daripada mobilisasi dua minggu lepas melibatkan pusat keagamaan termasuk tempat tumpuan yang boleh mewujudkan kluster.


“Berikutan itu, tahap kebimbangan KKM juga amat tinggi sekiranya berlaku pertemuan antara ahli keluarga di pusat beli-belah antara 13,14 dan 15 Mei lalu,” jelasnya.

Bukan sahaja pihak KKM, malah sebahagian besar warganet turut menzahirkan kebimbangan melihat trend beraya di dalam mall. Majoriti berharap tindakan tegas dapat diambil secepat mungkin bagi mengekang penularan kor0navlrus.


“Rakyat sendiri perlu ada kendiri dan disiplin”


Sumber: Telegram C0vid-19 Malaysia via sinar harian

No comments:

Powered by Blogger.