Header Ads

'Dia dah lama jadi boss, mencabar jugalah' - PU Riz Dedah Kesukaran Menjaga Neelofa

 


Sudah hampir 2 bulan pasangan selebriti paling popular di Malaysia ketika ini selamat menjadi pasangan suami isteri.


Baru-baru ini, akaun Instagram Neelofa ada memuat naik sedutan video pasangan tersebut ditemubual oleh seorang peminat secara siaran langsung.


Apa yang menjadi perhatian ramai adalah soalan yang diajukan oleh peminat yang bertanyakan,”Susah tak nak jaga Lofa ni Ustaz?”



"Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.


"Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri," kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.


Sementara itu, Neelofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.



"Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.


"Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.


"Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri," kata PU Riz


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.