Header Ads

Cuba nasib masuk Kelantan, 1000 kereta perantau diarah patah balik

 


Rasanya satu Malaysia dah tahu, pergerakan rentas negeri ataupun daerah buat masa ini tanpa kebenaran dari PDRM adalah satu kesalahan dan anda mungkin dikompaun.Namun masih ramai yang keras kepala nak juga rentas negeri balik kampung.

Menurut laporan dari MALAYSlAKlNl, kira-kira 1,060 buah kenderaan dipercayai perantau yang cuba memasuki negeri Kelantan melalui tiga sempadan negeri diarahkan berpatah balik setakat jam 8 pagi tadi.

Selain tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada juga antara mereka yang gagal mengemukakan bukti tujuan perjalanan.

Ketua Polis KeIantan, DCP Shafien Mamat berkata kebanyakan mereka sanggup memandu dari lokasi yang jauh termasuk dari Johor dan Lembah Klang semata-mata untuk mencuba nasib demi menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

"Mungkin mereka berjaya lepas sekatan jalan raya (SJR) lain, namun selepas pemeriksaan terperinci dilakukan di tiga SJR sempadan negeri iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang, mereka gagal mengemukakan surat kebenaran yang sah.


"Ada juga yang menggunakan alasan pulang ke kampung kerana kes kece.masan, namun apabila ditanya lebih terperinci, mereka gagal menjawabnya. Jadi kita terpaksa mengarahkan mereka berpatah pulang semula," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PoIis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Tambah Shafien berkata, pihak poIis menasihati orang ramai supaya tidak cuba memasuki Kelantan tanpa sebarang surat kebenaran kerana pihaknya akan memeriksa secara teliti surat yang dikemukakan.

"Nasihat saya, sambutlah raya di kawasan masing-masing, jangan cuba rentas daerah," katanya.



Sementara itu dalam perkembangan lain, polis Kelantan akan memantau dua pasar raya di negeri itu yang diarahkan tutup kerana tersenarai dalam sistem hotspots identification for dynamic engagement (Hide), yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko penuIaran kes C0vid-19.

Menurut Shafien, sekiranya pasar raya berkenaan tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Pada masa sama kita juga akan memantau peniaga di tepi jalan atau penjaja supaya mereka mematuhi arahan dengan tidak lagi berniaga," tegasnya.

SUMBER : MALAYSlAKINl

No comments:

Powered by Blogger.