Header Ads

Cindy Ong imbau kenangan berenang bersama dengan 'buaya'

 


Cindy Ong adalah seorang atlet renang negara yang juga merupakan ibu kepada 3 orang anak. Baru-baru ini harian metro ada melaporkan gambar beliau bergambar bersama pingat-pingat yang dimenanginya.


Namun komen-komen berunsur Iu.cah daripada pembaca yang memfokuskan kepada bentuk tubuh badan dan bukan kepada pencapaiannya, menyebabkan semangat atlet berusia 37 tahun itu luntur.


"Mereka tidak melihat kepada usaha, mereka tak lihat pencapaian. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Bagaimanapun, Ong menceritakan kepada Malaysiakini bagaimana dia terpaksa menghadapi gang.guan dan se.rangan sek.sual bertahun-tahun, termasuk daripada jurulatih kebangsaan ketika dia masih remaja.


Berasal dari Ipoh, Perak, bekas pemenang pingat emas pada tujuh temasya di Malaysia itu memulakan latihan ketika di sekolah menengah.


Apabila menyertai pertandingan di luar negara, Ong berkata dia ditemani beberapa jurulatih renang bagi pasukan kebangsaan. 


Dalam salah satu kejadian ketika keluar negara, dia mendakwa seorang jurulatih menyentuh payud.aranya.


Ong berkata dia masih ingat jurulatih tersebut masuk ke biliknya dan menyuruhnya melelapkan mata sebentar sebelum pertandingan. 


Lelaki berkenaan kemudian duduk di sebelah dan mengusap badannya.


"Saya berbaring di atas katil, dia datang dan mengusap bahu saya. Kemudian, tangannya meIiar ke sana sini ..." katanya.


Sebagai remaja, Ong berkata dia naif dan tidak pasti bagaimana untuk memberikan respons ketika itu.


Dia kemudian diberitahu dari seseorang bahawa individu yang sama melakukan se.rangan sek.sual terhadap sekurang-kurangnya 10 atlet.


Jurulatih ber0.nani depan atlet


Seorang lagi bekas perenang yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa dia pernah melihat seorang jurulatih ber0.nani di hadapan seorang perenang ketika perenang lelaki berkenaan berpura-pura tidur.


Kejadian itu, katanya, berlaku semasa pertandingan di Korea Selatan kira-kira dua dekad lalu.


"Pada masa itu, saya berjalan di tingkat bawah untuk mencarinya kerana saya ingin melihat rakaman video persembahan renang saya.


"Pintu tidak terkunci, jadi saya hanya ketuk dan masuk. Ketika itulah saya melihat dia terbaring di atas katil dan ber0.nani menghadap perenang berkenaan.


"Saya fikir perenang itu sedang tidur. Tapi kemudian, saya dapat tahu daripada orang lain bahawa perenang itu takut dan pura-pura tertidur, ”tambahnya.


Selepas itu dia mendengar lebih banyak tud0.han terhadap jurulatih berkenaan, termasuk bagaimana dia menyentuh bahagian alat suI.it perenang semasa latihan.


Sementara itu, Ong berkata setelah menamatkan pengajian dalam bidang psikologi dan sosiologi di AS, dia teringat kejadian itu dan menyedari bahawa pelatih berkenaan adalah seorang pedofiIla bise.ksuaI.


"Dia suka kanak-kanak," katanya sambil menambah ketika dia berusia 13 tahun, lelaki berkenaan memberitahunya, "Saya akan tunggu awak"


Ong berkata lelaki itu juga telah cuba mencab0Inya ketika dia berusia 20-an.


"Pelaku ped0fiI biasanya melakukan pengantunan (groom) dan menunggu mang.sanya. Apa yang dia lakukan kepada saya adalah hal yang sama seperti yang kita baca (mengenai pemang.sa seperti itu)," tambahnya.


Ong berkata dia berkongsi pengalamannya untuk meningkatkan kesedaran di kalangan atlet muda dan bukannya kerana mahu individu berkenaan dih0k0m.


Dia menambah individu itu juga tidak lagi bersama pasukan kebangsaan, namun masih mengajar latihan renang.


Malaysiakini telah menghubungi Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan komen.


Begitu juga, seorang perenang lelaki, yang tidak mahu disebutkan namanya, mengatakan dia juga ingin memberi kesedaran dan mencegah orang lain daripada menjadi mang.sa.


Memandangkan atlet lelaki juga menjadi mang.sa se.rangan seperti itu, atlet berkenaan teringat bagaimana ketika remaja seseorang menyentuhnya ketika di sedang mandi. 


Dengan ketakutan, dia berlari dari bilik air tetapi tidak pernah beritahu sesiapa mengenai kejadian itu.


Atlet yang kini berusia 30an itu berkata atlet muda yang menghadapi situasi serupa tidak boleh berdiam diri dan perlu menceritakan kepada individu dewasa yang boleh dipercayai.


"Sekiranya ini berlaku, beritahu ibu bapa atau jurulatih kamu. Ketika saya masih muda, saya tidak pernah beritahu sesiapa pun. Saya tidak tahu bagaimana memberikan reaksi," tambahnya.




Sementara itu Ong berkata dia terus menghadapi gang.guan di media sosial dan gang.guan sek.sual termasuk dari seorang ahli politik.


Setelah melahirkan anak ketiganya pada tahun 2017, dia meneruskan latihan dan bertanding dalam Kejuaraan Renang Dunia FINA ke-17 di Hungary.


Gagal mendapatkan dana atau tajaan dari kerajaan, Ong merasakan bakatnya tidak dipandang di Malaysia dan dua tahun kemudian dia menyertai pasukan Singapura untuk bertanding dalam Kejuaraan Renang Dunia FINA ke-18 di Korea Selatan. 

SUMBER : MALAYSlAKINI

No comments:

Powered by Blogger.