Header Ads

Bungkusan The BTS Meal dijual semula dengan harga RM200 di Carousell

 


Bangtan Boys atau lebih dikenali dengan jolokan BTS bukanlah satu perkara pelik dikalangan anak muda Malaysia. Anda boleh dikira spesies rare jika tidak pernah mendengar apa itu BTS.


Sesuai dengan kepopularan kumpulan K-Pop ini pihak McD telah membuat kolaborasi dengan BTS dan terhasillah satu karya agung yang telah dilancarkan secara rasmi di beberapa buah negara, dan Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menjadi saksi kepada detik-detik penuh bersejarah ini.


Menu istimewa yang dikenali sebagai The BTS Meal ini didatangkan dengan nuget, sos cajun, sos cili manis dan air.


Namun apa yang istimewa tentang menu ini adalah ia didatangkan dengan beg kertas dan bekas makanan serta minuman bercorakkan l0go BTS. Harga yang ditawarkan pula adalah RM16.20.


Dengan jumlah peminat BTS yang begitu ramai di Malaysia, tidak mengejvtkan apabila The BTS Meal menerima sambutan yang sangat menggalakkan apabila ada ARMYy yang ‘menyerbu’ McDonald’s seawal jam 10 pagi.

Namun apa yang lebih mengejutkan dan mungkin boleh dimasukkan dalam sejarah, apabila bungkusan The BTS Meal ini juga menjadi sesuatu yang boleh bikin duit. Menerusi laman jual beli Carousell, dilihat beberapa orang reseller telah bertindak menjual bungkusan ini dengan harga sehingga RM200. 


Bukan sekali makanan tahu, ianya hanyalah bungkusan semata-mata.



Menurut penjual, bungkusan itu telah pun disanitasi dan keadaannya juga masih lagi sempurna dan tiada cacat cela.



Mungkin bagi kita yang sudah dewasa dan matang menganggap bungkusan ini sebagai sesuatu yang tidak bernilai, namun sesuai dengan kegiIaan ramai remaja dan anak muda kepada BTS ini tidak mustahil barangan ini akan menjadi lebih berharga kemudian hari memandangkan ianya menerima permintaan yang sangat luar biasa dan dikategorikan sebagai barang rare.

Sumber : Lobak Merah via sinarviral

No comments:

Powered by Blogger.