Header Ads

Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang GiIa, sindir TMJ

 


Tengku Mahkota Johor atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ adalah seorang putera raja yang sayangkan rakyatnya dan sentiasa turun padang bersama dengan bangsa Johor. Jadi tidak peliklah kenapa bangsa Johor sangat sayangkan keluarga Diraja Johor ini.


Baru-baru ini Tungku Mahkota Johor menerusi perkongsiannya di laman sosial menjelaskan baginda tidak mempunyai masa untuk perkara remeh yang sama sekali tidak menjadi kepentingan buat dirinya.


Ujarnya lagi, baginda hanya mahu memfokuskan terhadap kebajikan rakyat yang lebih memerlukan bantuan daripada baginda merangkumi pelbagai aspek daripada membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak penting.


Buat masa ini saya tidak ada masa nak layan orang gila atau benda gila. Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pesanan tersebut ditujukan kepada siapa. Pada masa yang sama, baginda menjelaskan kehidupannya bertambah baik selepas mengurangkan penggunaan media sosial. Tidak berakhir di situ, baginda turut memberi peringatan kepada netizen supaya menggunakan media sosial secara bersederhana dan memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.


Lebih baik hidup di dunia yang sebenar lakukan perkara yang positif di samping individu yang tersayang yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan individu lain. Percaya dengan sebaik-baik Pencipta, Allah. Selamat malam.


Pesanan TMJ



Sumber 1 : InstagramTunku Mahkhota Johor

Sumber 2 : OhBulan

No comments:

Powered by Blogger.