Header Ads

Berhenti cari kesaIahan orang lain, kes C0VlD-19 naik bukan sebab artis rentas negeri beli karpet, kata Mimi Fly

 


Seperti yang kita sedia maklum, kes penularan C0VlD-19 semakin hari semakin meningkat. Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, Mimi Fly yakin penularan tersebut timbul disebabkan sikap masyarakat yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).


Tegas Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 35, dia tidak melihat peningkatan jumlah kes C0vid-19 di Malaysia berpunca daripada kesilapan kerajaan atau petugas barisan hadapan.


“Kes C0vid-19 negara kita semakin menggiIa. Benda ini bukan sebab kerajaan tak buat kerja atau petugas barisan hadapan buat kerja tak betul. Bukan sebab selebriti Malaysia rentas negeri untuk beli karpet. Tidak!


“Berhenti asyik menunding jari pada kesalahan orang lain. Kita semua bertanggungjawab,” tulisnya dalam Instagram.


Tambahnya lagi, dia percaya bahawa peningkatan kes Covid-19 terjadi disebabkan sikap masyarakat sendiri yang tidak mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan kerajaan.


“Ada lagi yang masih ke pusat membeli-belah, masih berkumpul beramai-ramai, ziarah-menziarahi. Lepas itu tidak amalkan penjarakan sosial, memakai pelitup hidung dan mulut dengan betul, tidak sanitasi tangan dan basuh tangan sekerap mungkin,” katanya.


Lantaran itu, Mimi menggesa masyarakat supaya bersikap jujur dan mengakui kesalahan diri sendiri kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.



Bagi mengekang penularan Covld-19 daripada menjadi lebih serius, Mimi menyeru orang ramai supaya lebih berdisiplin dan mengamalkan gaya hidup norma baharu untuk memu.tuskan rantaian vlrus pembunuh tersebut.


“Mari semua kita praktikkan SOP dengan ketat dan sama-sama membantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk memutuskan rantaian C0vid-19. – K! ONLINE

No comments:

Powered by Blogger.