Header Ads

Azal nak cari wanita yang lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung, kata Zarina Zainuddin

 



Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin memberi bayangan yang anak lelakinya, Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin, namun pelakon itu akui sukar untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar ikhlas.


Justeri itu dia ada memuat naik satu posting mengatakan dia sanggup membayar gaji kepada kepada wanita yang sanggup berkahwin dan menjaga serta membahagiakan anak kembarnya yang juga penghldap autlsme.


Selepas membuat posting sebegitu, Zarina mendedahkan menerima banyak mesej di Instagram daripada wanita yang mahu berkahwin dengan anaknya yang lebih mesra disapa Azal.


Kata Zarina lagi, lebih mengejutkan ada juga di antara wanita yang sebaya dengannya yang mahu berkahwin dengan Azal.



Bagaimanapun, Zarina berkata anak bujangnya berusia 25 tahun itu agak memilih serta mahukan wanita yang berkulit putih dan kaki panjang.


“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.


“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” katanya kepada Harian Metro.


Menurut Zarina, dia membuat keputusan untuk tidak membalas mesej-mesej berkenaan kerana tidak mahu memberi harapan.



“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.


“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.


Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai jumlah gaji yang ditawarkan, Zarina berkata dia tidak berkata asalkan gadis itu sesuai dengan pilihan Azal.

 

SUMBER  HARIAN METRO via ROTIKAYA

No comments:

Powered by Blogger.