Header Ads

78 kes positif C0VlD-19 di Kampung Pauh Lima, dekat Bachok

 


Sebanyak 78 kes positif C0vid-19 yang direkodkan dalam tempoh 11 hari sehingga hari ini, di Kampung Pauh Lima, dekat Bachok.


Difahamkan kes itu berpunca daripada penduduk kampung yang mengadakan solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau.


Kes itu kemudian menular dan menjangklti penduduk di perkampungan berkenaan.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan sebanyak 78 kes yang dicatatkan di kampung itu sejak 7 Mei lalu.


Katanya, kes itu dicatatkan hasil daripada saringan terhadap 238 individu.



"Terdapat dua kematlan yang dicatatkan di lokasi itu dan kita masih menylasat punca kes jangkltan. Saya menasihatkan orang ramai supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan Covld-19 daripada menular," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau berkata, kepada penduduk kampung yang mempunyai gejala dan kontak rapat dengan pesaklt Covld-19 boleh membuat ujian saringan di lokasi ditetapkan.


Katanya, gelombang C0vid-19 ini berbeza daripada gelombang pertama di Kelantan kerana kes dalam komuniti semakin banyak dan sentiasa wujud kluster-kluster baharu.


"Kadar kebolehjangkltan juga tinggi di Kelantan dan wujudnya varian baru yang cepat merebak dan lebih agresif," katanya.


Terdahulu, tular di Facebook dan WhatsApp bahawa Kampung Pauh Lima akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan kes Covld-19 yang tinggi di lokasi itu.


Orang ramai mendakwa ia juga berpunca daripada solat berjemaah dan tadarus di sebuah surau.

SUMBER : METRO

No comments:

Powered by Blogger.