Header Ads

(VIDEO) Wanita ini luah rasa syukur suami dapat terima dia seadanya walaupun jarinya tak sempurna seperti orang lain

 


Bila ikhlas menyayangi dan mencintai seseorang, kita tidak akan melihat kekurangan dirinya sebagai suatu halangan. Kerana jika kita ingin lihat kekurangan pasangan kita, sedarlah kita juga tidak sempurna kerana sifat manusia memang bukan sempurna.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang telah dikongsikan oleh seorang wanita, Fatin Najwa di akaun TikToknya. Menerusi video tersebut, Ateyn mempunyai masalah keadaan jari yang berbeza daripada orang lain dan dia telah mengalami masalah tersebut sejak kecil lagi serta berpanjangan sehingga dewasa.


Menurutnya lagi, penyakitnya itu tumbuh juga di sekitar kawasan mata, lutut serta di belakangnya. Akibat daripada itu, dia berasa sukar untuk mengemas rumah atau membersihkan lauk-lauk yang basah seperti ayam atau ikan. Walaupun, sakit pedih ketika memasak namun dia masih lagi meneruskan kerjanya itu tanpa mengeluh.


Tak boleh sembuh sebab keturunan


Penyakit yang dihadapi oleh wanita berkenaan sebenarnya sukar untuk sembuh dan ianya juga dialami oleh ahli keluarga yang lain. Walaupun, dia telah mencuba pelbagai kaedah rawatan seperti kaedah tradisional ataupun moden masih tiada hasil untuk dirinya sembuh.


Katanya juga, andai suatu hari nanti dia jumpa penawar untuk penyakitnya itu, dia berasa sangat syukur. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana suaminya masih menerima seadanya.


‘Syukur lah dapat suami yang terima kekurangan’

Diruangan komen dapat dilihat respon dari netizen yang memberikan semangat kepada pengantin wanita dan tidak kurang juga memuji dia kelihatan sangat cantik dengan pakaian pengantin itu. Tidak lupa juga netizen tidak putus-putus mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya.



Alhamdulillah dan syukur bila kita dipertemukan dengan pasangan yang menerima diri kita seadanya..


No comments:

Powered by Blogger.