Header Ads

(VIDEO) Rasa kasihan tengok beg suami dalamnya tiada isi, Isteri mithali diam-diam selit duit bercekak

 


Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan berumahtangga, kena saling bantu membantu dan saling melengkapi jika mahu kekal bahagia.Begitulah juga yang dilakukan oleh seorang isteri yang video perkongsiannya telah viral di media sosial apabila dia memuat naik satu video menunjukkan dia menyelitkan beberapa 'cek.ak' duit ke dalam beg suaminya yang tiada isi didalamnya.


Menurut wanita dikenali sebagai Ellena Sazlin itu, satu hari dia terdetik hati untuk melihat beg suaminya. Melihatkan beg suaminya kosong, dia senyap-senyap memberikan duit.

Justeru itu, Ellena berkata dia tidak pernah berkira dengan suaminya. Malah, meskipun dia yang berniaga namun suaiminya selalu menyokong sehingga dikurniakan rezeki melimpah ruah.

Ellena juga turut menitipkan nasihat supaya menghargai pasangan masing-masing tidak kira ketika senang atau susah.

 

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi melihat jumlah duit yang diselitkan dalam beg suaminya itu.


Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan mengatakan perkongsian itu serta meminta untuk lebih berhati-hati kerana bimbang timbul sifat ri.ak.




Apapun, jika tidak setuju dengan perkongsian tersebut tak perlulah kita menulis sesuatu komen yang boleh menyak.itkan hati orang lain. Mungkin niat empunya badan bukan nak ria.k atau sekadar nak dijadikan semangat kepada mereka yang baru nak mulakan bisnes..


Kredit : GuIapop

No comments:

Powered by Blogger.