Header Ads

(VIDEO) PU Riz Nyanyi ‘Can Mali Can’ Dengan Jebat Jayden dalam kereta, Neelofa Puji Cute Sangat!

 


Pasangan selebriti popular ini ada saja benda nak dikongsikan bersama dengan peminat mereka.Terbaru, suami kepada Neelofa iaitu PU Riz turut memuat naik Instagram Story yang menunjukkan gelagat Jebat sedang menyanyi lagu ‘Can Mali Can’ bersamanya. So cute!


Aww so cute la you!

Menerusi rakaman video yang berdurasi 0:15 saat itu, kelihatan PU Riz sedang memandu kereta sambil ditemani isteri tercinta serta Jebat Jayden. Semasa memandu, PU Riz telah menyanyikan lagu ‘Can Mali Can’ dan Jebat pula telah menyambung lirik lagu tersebut tatkala PU Riz berhenti bernyanyi.



 Gelagat Jebat dan PU Riz itu dipercayai dirakam oleh Neelofa. Ini kerana, di akhir video tersebut, pengacara terkenal tersebut meluahkan ungkapan ‘aww, so cute la you’.





Terdahulu, Jebat turut menyanyikan lagu tersebut bersama bapanya. Lagu nurseri kegilaan ramai kanak-kanak itu dipercayai menjadi kegemaran Jebat juga. Semakin petah menyebut setiap perkataan, rata-rata netzen gembira dan tersenyum melihat nyanyian Jebat.


Sumber: PU Riz via ohbuIan

No comments:

Powered by Blogger.