Header Ads

(VIDEO) Neelofa mohon maaf kepada semua, menyesal kerana tak tunjuk contoh baik kepada netizen

 


Kesal kerana menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Neelofa, 32, berkata dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.


"Saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini.


"Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang... saya sepatutnya memberi contoh yang lebih baik," katanya menerusi rakaman video kepada mStar.


Tambah isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz ini lagi, dia terbuka menerima sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berhubung isu peI.anggaran prosedur operasi standard (SOP).


"Saya seikhlas hati mohon maaf atas segala kesaI.ahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun luar pengetahuan saya.


"Saya dan suami menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu Neelofa dan Riz atau Haris Ismail, 26, mengundang kema.rahan ramai apabila dilihat seolah-olah menyaI.ahgunakan kebenaran rentas negeri ke Langkawi.


Perkongsian aktiviti bersantai di pulau peranginan itu dilihat bercanggah dengan tujuan asal mereka ke sana yang dikatakan atas urusan kerja.


Selain itu poI.is juga membuka kertas sia.satan selepas timbul kekec.ohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mem.atuhi SOP dan tiada penjar.akan fizikal.


Mengulas mengenai perkembangan sias.atan kes berkenaan, Neelofa berkata anggota keluarga kedua-dua belah pihak selesai memberi keterangan kepada poI.is.


"Alhamdulillah akhirnya selesai... saya dan keluarga saya serta suami dan keluarganya hadir di IPD Dang Wangi untuk beri kerjasama dan juga keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa," katanya.

Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.