Header Ads

(VIDEO) Kita kenalah patuh SOP. Tak boleh rentas, jangan rentas, pesan Fazura

 


Semua netizen sedia maklum buat masa sekarang aktiviti merentas negeri masih tidak lagi dibenarkan kecuali mereka yang mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.


Semalam, tindakan pelakon Nur Fazura memberikan komen mengenai ‘rentas negeri’ di program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) hangat diperkatakan netizen.


Difahamkan, Fazura yang menjadi salah seorang juri memberikan komen kepada kumpulan UNI yang dianggotai Atu Zero, Fad Bocey dan Fakhrul UNIC berdasarkan persembahan mereka.



“…sampai seludup mak bapa. Kita kenalah mematuhi peraturan daripada kerajaan, ikut prosedur operasi standard (SOP) kan. Tak boleh rentas, jangan rentas,” katanya.



Namun, ada segelintir netizen berteka-teki adakah komen tersebut dilakukan secara umum atau sindiran kepada individu tertentu.


Bagaimanapun, ada yang memuji tindakan Fazura sebagai selebriti serta mempunyai pengaruh besar menasihati serta mengingatkan orang ramai tentang pematuhan SOP.


Terdahulu, tindakan beberapa selebriti terkenal tanah air melakukan rentas negeri atas tiket urusan kerja menjadi bualan netizen kerana dikatakan menyaI.ahgunakan permit kebenaran yang diberikan. 

Sumber : rotikaya via kosmo

No comments:

Powered by Blogger.