Header Ads

(VIDEO) Instafamous Mohon Maaf Terbuka Kepada Netizen Kerana Upload Gambar Tidak Senonoh, Nak Ajak PU Amin Bagi Tazkirah Lagi

 


Baru-baru ini viral satu posting di media sosial seorang pendakwah bebas, PU Amin yang telah dirakamkan bergambar bersama dua orang wanita sek.si ketika dijemput menghadiri sebuah majlis.


Menurut PU Amin, dia hanya dijemput sebagai pembaca doa dan niatnya hanya untuk menyampaikan dakwah dengan cara turun padang.


Menurutnya lagi, dia sudah menyeru wanita berkenaan untuk menurunkan foto bersamanya di Instagram agar kontr0versi tidak melarat.


PU Amin mengatakan kehadiran ke majlis berkenaan merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan, namun dia mengetahui kesan fitnahnya besar.


PU Amin juga memohon maaf andai perbuatannya mengambil gambar itu merupakan satu perkara yang memalukan serta mengaibkan.


‘Niat panggil PU untuk meriahkan suasana’


Walau bagaimanapun, di Instagram Story, Nadira telah memohon maaf mengenai foto yang tular tersebut di media sosial yang berpunca daripadanya.


Maaf atas fltnah. Niat panggil PU untuk meriahkan suasana tak sangka viral.


Permohonan maaf secara terbuka


Menerusi satu posting yang telah di muat naik oleh Nadira sendiri, dia memohon maaf atas foto yang dimuat naik oleh dirinya dan foto berkenaan telah dipadam bagi menghormati PU Amin.


Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU Amin kerana tercalit dengan dengan isu ini. Saya akui kesilapan saya.


Nadira juga berterima kasih kepada PU Amin kerana sempat memberi tazkirah kepada tetamu yang hadir ketika majlis berkenaan serta dia juga menjemput PU Amin untuk memberi tazkirah di pejabatnya juga.


Sumber : nadiraisaac via 0hBuIan

No comments:

Powered by Blogger.