Header Ads

(VIDEO) Aliff Syukri Luah Rasa Syukur Bakat Nyanyiannya Akhirnya Dihargai

 


Seperti yang ramai tahu, usahawan kosmetik yang juga merupakan seorang selebriti, Aliff Syukri ada memberi bayangan akan memberikan satu hadiah istimewa kepada semua peminatnya menerusi lagu raya yang akan diterbitkan tidak berapa lama lagi.



Menerusi Instagram miliknya, Aliff dilihat ada memuat naik ‘teaser’ single tersebut bersama pengikutnya. Meskipun tidak berkongsikan judul lagu itu, namun ramai tidak sabar menantikan.

Dalam satu entri terbaru, Aliff turut mengikuti kelas vokal untuk memperbaiki mutu nyanyiannya. Malah, Aliff meluahkan rasa syukur akhirnya ramai yang menghargai bakat nyanyiannya.


Kata Aliff lagi, lagu rayanya itu akan akan disiarkan pada Isnin depan menerusi saluran YouTube miliknya, TV Terlajak Laris.






Terdahulu,  Aliff berkata lagu tersebut adalah untuk menghiburkan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung berhari raya susulan rentas negeri tidak dibenarkan.


Sumber : ROTlKAYA

No comments:

Powered by Blogger.