Header Ads

(VIDEO) Ada Atau Tiada Tindakan, Itu Saya Handle Sendiri Lah.., kata Neelofa

 


Selepas hangat diperkatakan isu meIanggar SOP dan dikatakan berbulan madu di Langkawi, akhirnya selebriti dan usahawan terkenal Neelofa tampil ke hadapan memberikan jawapan.

Menerusi temu bual, Neelofa meminta orang ramai termasuklah rakan media supaya memberi ruang kepada dirinya untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini secara profesional.


I don’t have to tell every details to all of you out there. Ni saya perlu selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja.



Bukan itu sahaja, gambar dan video yang dimuat naik oleh Neelofa di Instagram yang memperlihatkan dia dan suami seakan ‘makan angin’ di Langkawi telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. 

Apabila ditanya mengenai isu tersebut, Neelofa memaklumkan dia ke Langkawi adalah atas urusan kerja dan akan membuka beberapa outlet dengan syarikat berkenaan di sana.


Saya memang ada plan kerja yang mungkin dibuat sebulan atau lebih daripada sebulan. Bukan kita buat semua on the spot.


‘Itu saya handle sendiri’



“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.


Mengulas mengenei kenyataan Ketua Polis Negara tentang tindakan akan dikenakan sekiranaya didapati bersaIah meI.anggar SOP, Neelofa dilihat enggan memberitahu secara terperinci tentang isu tersebut sebaliknya dia memilih untuk menyelesaikan sendiri secara peribadi dengan pihak berwajib.


“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri.

“Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi


Sumber : OhbuIan dan rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.