Header Ads

Ustaz Abu Syafiq akan saman Neelofa sebab fitnah yang dilakukan sebelum ini jika tiada permohonan maaf dibuat dalam 24 jam

 


Belum lagi reda dengan kontroversi semasa majlis pernikahan dan selepas itu isu bercuti ke Langkawi kini muncul pula satu isu lain. Kali ini pula melibatkan Ustaz Abu Syafiq yang dikatakan telah difi.tnah oleh selebriti dan usahawan terkenal Neelofa.


Ustaz Abu Syafiq dikatakan sangat sedih dengan apa yang telah ditulis oleh Neelofa melalui DM yang diterimanya di instagram.

Justeru itu, beliau telah memuat naik satu gambar tangk.apan skrin di laman instagramnya menunjukkan ada berlaku perbualan diantara mereka melalui DM IG nya itu.


“Dia ada send mesej pada saya melalui Instagram. Saya sedih jek baca beberapa hantaran beliau tentang saya. Saya tak balas sebab ketika itu saya amat sedih. Tak sangka Neelofa seorang artis yang baik menulis macam tu pasal saya. 

Lebih sedih hati saya kerana dia ‘publish’kan kepada umum. Saya hanya balas tulisan beliau terhadap diri saya tersebut dengan mendoakan kebaikan buat dirinya di akhirat dan dunia serta nasihat.

Antara yang akhir saya balas setelah beliau memfi.tnah saya adalah maksud dari ungkapan pepatah Arab: “Kama Tadiinu Tudaan”.



Apa maksudnya yerk? Tanyalah para ustaz. Mereka pasti akan tolong terjemahkan dan syarahkan. Saya tak pernah follow IG beliau pun dan sebelum dia mesej dan ‘publish’kan pasal saya, saya tak tahu pun dia ada IG kerana saya jarang ikut semua artis kecuali selepas dia mesej saya baru saya perasan. Dah lama baru saya balas.”

Walau bagaimana pun, posting tersebut tidak boleh dikomen kerana Ustaz telah menutup ruangan komen di laman sosialnya.

Satu video juga telah dimuat naik oleh beliau yang ditujukan khas buat Neelofa atas fit.nah yg did.akwa itu dan meminta Neelofa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya. 

Namun Ustaz Abu tidak mahu berkongsi tentang isi kandungan perbualan dan fitnah yg telah dilakukan oleh Neelofa itu.


Isu ini masih lagi kabur kerana Ustaz Abu Syafiq sendiri tidak memberitahu secara terperinci apakah fitnah yang telah dibuat oleh Neelofa kepadanya. Sama-sama kita nantikan kenyataan dari pihak Neelofa dan janganlah kita memberi komen yang tidak sepatutnya selagi belum mendengar dari kedua-dua belah pihak.


Apapun diharapkan agar isu ini tidak berlarutan dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dalam masa terdekat ini.

Sumber : instagram ustazabusyafiq,  Media Kita blog ( http://www.mediakita.dnq.news/2021/04/01/ustaz-abu-syafiq-akan-menyaman-neelofa-atas-fitnah-yg-dilakukan-sebelum-ini-jika-tiada-permohonan-maaf-dalam-masa-24-jam/)

No comments:

Powered by Blogger.