Header Ads

Tak Hantar Anak Sekolah, Suhaimi Saad Ajar Anak Lipat Kain Baju Sendiri

 


Suhaimi Saad yang juga merupakan bekas salah seorang anggota kumpulan nasyid In team merupakan seorang selebriti yang tak lekang dek k0ntroversi. Manakan tidak, pendirian beliau tentang anti vaksin dan juga pernah membuang ubat hospital.


Malah, lagi mengejutkan ramai orang apabila beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa dia memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.


Menerusi perkongsian dari portal hiburan Rotikaya, Suhaimi dalam satu kemaskini terbaru dalam laman sosialnya dikatakan telah mengajar anak-anaknya agar melipat kain baju mereka sendiri.Tambah penyanyi itu lagim akademik sahaja tidak cukup untuk jadikan anak-anak berguna dan berjaya di masa hadapan.



“SS ajar anak anak lipat kain baju sendiri. Ajarlah anak anak ilmu AlQuran,hadis,akhlaq dan kemahiran. Akademik saja tidak cukup untuk menjadikan anak anak kita manusia yang berguna dan berjaya,” tulisnya.


Suhaimi turut mengatakan ramai orang yang terpelajar di luar sana tetapi kurang adab dan kemahiran diri.



“Dunia hari ini dipenuhi oleh ramai orang yang terpelajar dan berkelulusan,tapi kekurangan orang yang beradab dan berkemahiran. Puncanya tidak lain tidak bukan kerana kurang iman dan amal yang benar di sisi Tuhan,” tulisnya.


Untuk rekod bersama, Suhami mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 2007, hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

No comments:

Powered by Blogger.