Header Ads

Syarat merentasi negeri kini makin diperketat, perlukah kita ucapkan terima kasih kepada golongan kayangan, instafamous atau artis?

 


Seminggu dua ini media sosial banyak menyajikan kisah selebriti dan instafamous yang dikataka tergolongan dalam golongan kayangan telah menyaIahgunakan surat kebenaran merentas negeri untuk kepentingan diri sendiri.Walaupun sebenarnya surat tersebut ditulis atas urusan kerja.

Memetik laporan dari portal GuIapop, Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tular sekeping gambar mengenai permohonan surat kebenaran merentas negeri di sebuah balai polis.


Menerusi memo yang ditampal itu, pemohon yang mahu meminta kebenaran untuk merentas negeri perlu mengemukakan itinerari sepanjang perjalanan termasuk bukti aktiviti sepanjang setiap hati yang dipohon.


Memo itu juga turut memberitahu pemohon perlu membawa dokumen sokongan bagi mengelakkan kejadian yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Berikutan memo yang tular itu, di Twitter rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila permohonan surat merentas negeri seolah sudah diperketatkan.


Kata netizen rakyat sudah mengikut SOP sebaik mungkin, namun hanya kerana golongan kayangan sewenang-wenang meI.anggarnya, habis semua pihak menjadi ma.ngsa.


dipetik dari : https://twitter.com/FLjasmy/status/1379136950045605890

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa be.rang, disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab selebriti dan Instafamous itu sekaligus menyusahkan ramai pihak yang sememangnya mahu meminta kebenaran atas urusan kerja dan berlaku kem.atian.




Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai kesahihan memo yang tular itu. Apa pun sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.


Dipetik dari portal hiburan GuIapop

No comments:

Powered by Blogger.